Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tambang Bas Mini Kekal

Kota Kinabalu – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah menjelaskan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk menaikkan kadar tambang bagi perkhidmatan bas mini di negeri ini.

Penjelasan tersebut dibuat oleh Penolong Pengarah LPKP Sabah, Ahmad Syukri Alias bagi menafikan khabar angin tentang kenaikan tambang bas mini ekoran daripada kenaikan kos operasi.

Tambahnya lagi, pihaknya tetap mengekalkan kadar 20 sen/ km untuk bas mini berdingin hawa dan 18 sen/ km untuk bas biasa yang dikeluarkan pada 2009 bagi negeri Sabah & W.P Labuan.

Beliau juga turut meyakinkan pengguna-pengguna perkhidmatan bas mini bahawa mereka boleh mengemukakan aduan terus ke [email protected] atau menghubungi talian hotline 1800 88 4266, jika terdapat sebarang pengusaha bas mini yang menaikkan kadar tambang tanpa kebenaran daripada pihak LPKP.

“Pihak kami tidak menerima sebarang permohonan bagi menaikkan kadar tambang bas mini dan tidak bercadang untuk menaikkan kadar tersebut dalam tempoh terdekat,” ujarnya lagi ketika ditemui hari ini. – Sukri/ SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan