Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tambahbaik RCI untuk hapus pertikaian

Jake bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan bahagian dan wanita PBS Liawan selepas memotong kek pada majlis itu.
Jake bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan bahagian dan wanita PBS Liawan selepas memotong kek pada majlis itu.

KENINGAU – Usaha pihak kerajaan dalam membanteras pendatang tanpa izin (PATI) menerusi penubuhan Suruhanhjaya Siasatan perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya di negeri ini.

Ketua Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah ( PBS ) Datuk Jake Jikulin Nointin berkata, kesemua pihak perlu memberikan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan menubuhkan panel bebas itu bagi tanpa perlu mempertikaikannya.

Jake yang juga Ketua Bahagian PBS Liawan menambah, ia amat penting kerana Suruhanjaya Siasatan itu bukan sekadar untuk melengkapkan siasatan tetapi masih banyak ruang yang memerlukan penambahbaikan.

“Penambahbaikan yang perlu dilihat adalah menghapuskan pengundi-pengundi hantu dalam daftar pemilih sebelum PRU14 akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan majlis makan malam Krismas 2014 anjuran PBS Liawan, di sini semalam.
Katanya, dengan adanya langkah sedemikian membolehkan pilihan raya umum ke-14 akan datang lebih telus selaras tuntutan demokrasi seperti yang dihendaki oleh seluruh rakyat di negara ini. – Oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan