Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tambahan dermaga untuk mengatasi air cetek Pelabuhan Sandakan

4:42pm 26/11/2015 Leolerry Lajius 7 views Tempatan

Datuk Ghulam Haidar

KOTA KINABALU: Tambahan dermaga sepanjang 290 meter dengan kedalaman 9 meter bakal dilaksanakan pada bulan januari tahun 2016 dan mengambil masa selama 28 bulan untuk disiapkan sebagai langkah untuk mengatasi kedalaman air cetek di pelabuhan Sandakan.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, ketika ini kedalaman dermaga di pelabuhan Sandakan adalah sedalam 11 meter yang membolehkan kapal-kapal dengan ukuran kedalaman sebanyak 11 meter ke bawah boleh merapat dan berlabuh di dermaga Pelabuhan Sandakan.

“Pihak Sabah Ports Sdn Bhd telah meluluskan satu kajian cadangan kerja pengorekan dibuat di Pelabuhan Sandakan untuk menangani masalah ini, “katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini (Khamis).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Au Kam Wah (BN-Elopura) yang ingin mengetahui apakah kelengkapan-kelengkapan yang ada untuk perkhidmatan pemunggahan barang di Pelabuhan Sandakan,Karamunting serta rancangan jangka masa panjang pihak kementerian dalam menangani masalah kedalaman air yang cetek pada jeti disebabkan tanah.

Tambah beliau, faktor yang menghalang kapal-kapal yang lebih besar untuk berlabuh di Pelabuhan Sandakan adalah disebabkan oleh timbunan pasir di laut luar kawasan Kampung Berhala yang menjadi laluan masuk ke Pelabuhan Sandakan.

“Walaubagaimanapun, pihak Jabatan Pelabuhan Sandakan dan Dermaga Sabah sedang dalam proses untuk mendapatkan peruntukan bagi mengorek timbunan pasir tersebut,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan