Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tambahan 13 kerusi membolehkan BN beri khidmat terbaik: Pairin

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

KINARUT: Cadangan pengwujudan 13 lagi kerusi baharu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membolehkan jentera Barisan Nasional tempatan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya memenangi kesemua kerusi baharu ini dalam pilihan raya yang akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

“Pengwujudan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri yang baharu ini di kawasan yang ramai pengundi akan membolehkan parti-parti komponen BN dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat di samping mengukuhkan sokongan akar umbi,” katanya.

Dewan Undangan Negeri telah meluluskan penambahan kerusi DUN ini dari 60 kepada 73 untuk pilihan raya (PRU ke-14) yang akan datang.

Bercakap kepada wartawan selepas melepaskan peserta Jambori JKR XC 2016 di Kinarut, Pairin berkata pengwujudan kerusi-kerusi baharu ini sudah pasti sudah diteliti untuk membawa kebaikan kepada rakyat.

“Sekarang tiba masanya untuk orang ramai untuk meneliti persempadanan baharu oleh SPR ini dan mengemukakan cadangan dan pandangan terhadap cadangan ini untuk tempoh sebulan,” katanya.

Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah berkata maklum balas dari orang ramai amat dialu-alukan dan ini membuktikan kerajaan BN komited menjunjung demokrasi.

Cadangan kerusi-kerusi baharu itu ialah: N.02 Bengkoka dalam kawasan Kudat, N.06 Mengaris di Kota Marudu, N.08 Pintasan di Kota Belud, N.13 Pantai Dalit di Tuaran, N.17 Darau di Sepanggar, N.24 Tanjung Dumpil di Putatan, N.27 Dambai di Papar, N.44 Tulid di Pensiangan, N.47 Telupid di Beluran, N.51 Sungai Manila di Libaran, N.58 Lamag di Kinabatangan, N.61 Segama di Silam, dan N.70 Kukusan di Kalabakan.

Sejumlah 800 peserta mengambil bahagian dalam program itu membabitkan empat kategori termasuk Elit Lelaki dan Wanita, Veteran Wanita, Wanita Terbuka dan Junior. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan