Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tambah kerusi jawatan Naib Presiden untuk Wanita

tambah kerusi jawatan

KUDAT 25 Ogos – Wanita UMNO Bahagian Kudat mencadangkan satu kerusi tambahan bagi jawatan Naib Presiden diberikan kepada perwakilan daripada Wanita.

Ketuanya, Datuk Aminah Ambrose berkata, wakil wanita di peringkat kepimpinan tertinggi perlu, untuk memastikan suara wanita didengar di peringkat atas berikutan jumlah keanggotaan sayap berkenaan yang begitu tinggi.

“Kita merasakan perkara ini sangat penting kerana untuk kita melakukan satu perubahan, transformasi bukan sesuatu yang mudah tetapi kita mencuba.

“Bukan kita menidakkan hak kaum lelaki, kita cuma meminta sedikit kelebihan untuk kaum wanita,” katanya semasa berucap pada Persidangan Wanita Umno Bahagian Kudat yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail, di sini semalam.

Hadir sama ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang, Noraini Idris. Seramai 737 perwakilan hadir dalam persidangan itu.

Dalam persidangan itu, mereka turut mengusulkan agar bilangan senator dalam kalangan Wanita UMNO di Sabah ditambah daripada satu kepada dua selain meminta pertambahan calon wanita dalam pilihan raya umum sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Aminah berkata, pergerakan itu berpendapat usul tersebut sesuai dengan hasrat untuk membangunkan wanita termasuk mencapai sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar.

Katanya, perkara itu perlu diambil perhatian memandangkan keanggotaan Wanita UMNO yang berjumlah 1.3 juta orang selain pengiktirafan Wanita sebagai tulang belakang parti.

Komen


Berita Berkaitan