Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tambah 700 meter

8:57am 04/12/2015 Pak Roshan 309 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
PEMANDANGAN di laluan baru sekitar puncak Gunung Kinabalu yang dibuka kepada orang ramai selepas gempa bumi pada 5 Jun lalu.

PEMANDANGAN di laluan baru sekitar puncak Gunung Kinabalu yang dibuka kepada orang ramai selepas gempa bumi pada 5 Jun lalu.

Ranau: Jarak laluan yang bertambah sejauh 700 meter untuk pendaki tiba ke puncak Gunung Kinabalu sejak dibuka semula kepada orang ramai pada 1 November lalu, memberi satu pengalaman berbeza.

Sejak ditutup hampir enam bulan selepas kejadian gempa pada 5 Jun lalu, Taman-Taman Sabah (TTS) giat menjalankan kerja membaik pulih laluan yang rosak selain mewujudkan satu laluan baru lebih panjang sebelum tiba ke puncak gunung.

Laluan baru itu adalah di Panalaban sehingga ke Sayat-Sayat, bagi menggantikan laluan lama dari Laban Rata yang kini tidak boleh lagi dilalui akibat timbunan batu besar selain berbahaya.

Seramai 135 pendaki termasuk media, agensi kerajaan dan pelancong asing menjadi kumpulan pertama mendaki gunung tertinggi Asia Tenggara itu.

Wartawan Harian Metro, Ardyhansah Amat, juga tidak melepaskan peluang untuk mencatatkan nama sebagai antara peserta pertama yang menawan Gunung Kinabalu, selepas dibuka semula. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan