Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,688

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tamatkan ekspedisi anak tawan Kinabalu

7:10pm 03/06/2016 Pak Roshan 2473 views Mutakhir,Ranau,Tempatan

gambar hiasan

RANAU: Seramai 20 warga Singapura terdiri ahli keluarga dan saudara-mara 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu, 5 Jun tahun lalu, akan melakukan ekspedisi mendaki gunung berkenaan, esok.

Ekspedisi itu antara lain bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Gunung Kinabalu seperti pernah dilalui semua mangsa dengan turut disertai ahli keluarga mangsa dari Sabah.

Jaidip Jhala, 49, bapa mendiang Sonia Jhala, murid Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS), Singapura yang terkorban dalam tragedi itu berkata, beliau datang bersama isteri dan dua anak dengan harapan untuk menyempurnakan misi mendiang anak bongsunya itu.

“Kami akan mendaki Gunung Kinabalu esok bersama ahli keluarga mangsa lain dari Singapura dan Sabah sebelum turun semula pada Ahad ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penanaman pokok bagi memperingati mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu di kawasan Tinjau Kiau, Taman Kinabalu, di sini, pagi tadi.

Majlis itu dianjurkan warga Singapura terbabit dengan kerjasama Taman-Taman Sabah.

Jaidip berkata, penanaman pokok itu adalah inisiatif ahli keluarga mangsa sebagai penghormatan kepada mereka sempena ulang tahun pertama gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Ketika kejadian pada jam 7.15 pagi, 5 Jun tahun lalu, seramai 29 murid dan guru TKPS dalam perjalanan turun selepas menawan puncak Gunung Kinabalu sebelum sebahagian mereka dihempap batuan yang jatuh akibat gempa bumi, menyebabkan 10 daripada mereka terkorban.

Lapan mangsa lain turut terkorban dalam tragedi itu termasuk empat malim gunung.

Turut hadir pagi tadi ialah dua murid TKPS yang terselamat dalam tragedi berkenaan iaitu Elliot Quok, 13, dan Chantelle Phuang, 13. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan