Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taman-Taman Sabah pilih 8.8.88

Dr. Jamili Nais. - foto Alex Mairin / SayangSabah
Dr. Jamili Nais. – foto Alex Mairin / SayangSabah

KOTA KINABALU – Simbolik 8hb. 8 pagi dan 88 pendaki menjadi pilihan pihak Taman-Taman Sabah (SP) untuk secara rasminya melancarkan pembukaan semula laluan dari Pintu Timpohon ke Laban Rata.

Pengarahnya, Dr. Jamili Nais memberitahu, perasmian itu akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada Sabtu ini.

“Sabtu ini kita akan mula buka tempahan untuk pendaki. Walau bagaimanapun, kita hanya benarkan pendakian sehingga ke Laban Rata sahaja. Oleh itu, sebelum 1 Septemberi ini, kita harus memastikan laluan itu selamat 100 peratus untuk dilalui semula termasuk meletakkan penghadang sekiranya berlaku runtuhan batu.

“Justeru, pada Sabtu ini, kita bawa pendaki melihat sendiri laluan yang telah diperbaiki. Mereka akan berada di Laban Rata selama beberapa jam dan turun semula pada hari yang sama,” katanya katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini hari ini.

Jamili berkata, rombongan pendaki juga akan dibawa ke kawasan Panar Laban iaitu sebahagian kawasan Gunung Kinabalu yang mengalami kerosakan paling teruk akibat kejadian gempa bumi lalu.

“Kita senjaga tidak usik kawasan itu bagi tujuan tarikan pelancong. Pendaki akan dibawa melawat ke situ,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, pihak Taman-Taman Sabah masih mengenakan yuran kepada pendaki.

Namun, jelas beliau, penguatkuasaan dan jumlah bayaran tersebut hanya akan diputuskan selepas Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah bermesyuarat pada 20 Ogos ini. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan