Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taman Pulau Penyu Rekodkan 269,731 Ekor Penyu Mendarat, Bertelur Dalam 36 Tahun

11:06am 28/03/2016 Pak Roshan 48 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

SANDAKAN : Sebanyak 269,731 ekor penyu mendarat dan bertelur direkodkan di Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) dari 1979 hingga 2015.

Taman Pulau-Pulau Penyu meliputi tiga pulau iaitu Selingan, Gulisaan dan Bakkungaan Kecil berkeluasan 1,740 hektar iaitu 18.2 hektar daratan dan 1,721.8 hektar lautan.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais berkata jumlah telur penyu yang dikutip dalam tempoh yang sama ialah 22 juta manakala jumlah penetasan anak penyu ialah 16 juta ekor.

Katanya tiga pusat penetasan penyu diwujudkan di tiga pulau itu yang menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur membabitkan spesis penyu hijau, penyu sisik dan penyu lipas.

Tapak penetasan penyu pertama dibina di pulau Selingan pada 1966 diikuti di Gulisaan dan Bakkungaan Kecil pada 1968, katanya ketika menyampaikan taklimat semasa lawatan kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Pulau Selingan, Ahad.

Jamili berkata tiga pulau itu diwarta sebagai TPPP pada 1977 dan merupakan antara enam taman marin yang terdapat di negeri ini.

Beliau berkata TPPP termasuk dalam Kawasan Perlindungan Warisan Pulau Penyu di perairan Malaysia dan Filipina yang merangkumi sembilan pulau.

Menurutnya kejayaan program konservasi penyu di TPPA membolehkan taman marin itu dikenali di seluruh dunia termasuk penyelidik yang datang unmtuk melihat sendiri usaha pemuliharaan penyu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan