Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taman Pertanian Sabah letakkan Tenom pada peta dunia

Radin menyaksikan produk-produk pertanian yang dipamerkan di karnival tersebut. - foto Kalawon Sawing
Radin Malleh (dua dari kiri) menyaksikan produk-produk pertanian yang dipamerkan di
karnival tersebut. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Kewujudan Taman Pertanian Sabah (TPS) telah meletakkan daerah Tenom pada peta dunia sebagai salah satu pusat konservasi alam sekitar yang bertaraf antarabangsa di negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri,  Datuk Radin Malleh berkata, kewujudan TPS merupakan salah satu sejarah penting dalam pembangunan dan perkembangan aktiviti pertanian dan konservasi alam sekitar di negeri ini.

Katanya, TPS juga telah berkembang dengan pesat dan beliau teruja kerana TPS telah menerima pelbagai pengiktirafan diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Walaupun pada dasarnya teraju perniagaan TPS adalah lebih kepada pemuliharaan pelbagai jenis tumbuhan serta untuk tujuan pembelajaran, tetapi peranan lokasi ini sebagai daya tarikan yang berkonsepkan agro-tourism telah banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi di kawasan pedalaman, khususnya di daerah ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Ulang Tahun kali Ke-14, di sini hari ini.

Beliau berharap TPS akan dapat melaksanakan lebih banyak program pada tahun ini termasuk mengadakan bekerjasama dengan agensi pelancongan untuk membuat lawatan ke daerah ini terutama di TPS. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan