Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taman Negara Kinabalu bakal miliki Inap Desa

 

Musa Aman (tiga dari kanan) menerima cendera kenangan daripada Sabah Society semasa kunjungan hormat persatuan itu ke atas beliau di Seri Gaya, Kota Kinabalu. - foto Patrick Mosinoh / JKM
Musa Aman (tiga dari kanan) menerima cendera kenangan daripada Sabah Society semasa kunjungan hormat persatuan itu ke atas beliau di Seri Gaya, Kota Kinabalu. – foto Patrick Mosinoh / JKM

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan, pembinaan Inap Desa Minitiduk di Taman Negara Kinabalu dapat membantu melonjakkan sektor pelancongan negeri ini ke tahap lebih baik.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha Sabah Society dalam melaksanakan projek Inap Desa Minitiduk di Taman Negara Kinabalu, yang dijangka dapat membantu belia tempatan dari segi peluang pekerjaan,” katanya.

Menurut beliau, Taman Negara Kinabalu merupakan sebuah kawasan yang luas dan seharusnya lebih banyak usaha sedemikian bagi membolehkan orang ramai mengenali dengan lebih dekat  khazanah negara itu.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Sabah Society yang diketuai oleh Presidennya, George Hong di kediaman rasmi Ketua Menteri, Seri Gaya, Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, Musa turut diberikan taklimat mengenai projek yang bakal dilaksanakan oleh persatuan itu termasuk Projek Inap Desa Minitiduk. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan