Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taman laut Sabah jadi santuari ikan yu

11:38pm 20/07/2016 Pak Roshan 1224 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
PENYEBARAN gambar ikan yu mati dengan sirip dipotong dipercayai di Pulau Mabul yang viral di laman sosial sejak semalam.

PENYEBARAN gambar ikan yu mati dengan sirip dipotong dipercayai di Pulau Mabul yang viral di laman sosial sejak semalam.

KOTA KINABALU: Usaha mengisytiharkan taman laut di Sabah sebagai santuari ikan yu adalah langkah terakhir bagi menghalang kepupusan spesies itu di perairan negeri ini, antara lain disebabkan aktiviti penangkapan serta pembunuhan hidupan marin berkenaan untuk pengambilan sirip.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia penting bagi memastikan industri pelancongan khususnya berkaitan marin di negeri ini berkekalan.

Katanya, pihak berkuasa tidak boleh menangani aktiviti pemburuan dan pengambilan sirip yu di perairan Sabah sehingga pindaan kecil dilakukan dalam Akta Perikanan.

“Justeru, ini usaha terakhir menghalang kepupusan spesies ikan yu. Kita akan buat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat,” katanya di sini, mengulas penyebaran gambar ikan yu mati dengan sirip dipotong dipercayai di Pulau Mabul yang viral di laman sosial sejak semalam.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, beliau sendiri turut melihat gambar ikan yu yang menjadi viral di laman sosial terbabit dan berasa sedih dengan situasi terbabit.

“Gambar tersebar itu adalah lanjutan daripada apa yang kita bantah selama ini. Sejak lima tahun lalu, saya bercakap mengenai usaha membanteras masalah ini (menangkap ikan yu untuk sirip), kita telah kemukakan cadangan pindaan Akta Perikanan bagi membolehkan tindakan diambil kepada individu yang menangkap ikan yu untuk siripnya.

“Malangnya, cadangan itu tidak dipersetujui dan ini amat menyedihkan. Mungkin niat kita disalah tafsir sebagai mengongkong industri perikanan. Sebenarnya niat kita hanya untuk memastikan industri pelancongan berkaitan dengan marin di Sabah dapat dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata, setiap tahun industri pelancongan memperoleh lebih RM300 juta daripada aktiviti menyelam dengan kebanyakan pelancong mahu melihat ikan yu.

“Bagaimanapun, jika ikan yu pupus, sudah pasti pelancong beralih ke negara lain sekali gus menjejaskan industri pelancongan kita,” katanya. – BH Online

INFO: 3 taman laut di Sabah

  • Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu
  • Taman Laut Tun Sakaran di Semporna
  • Taman Laut Tun Mustapha di Kudat

13726698_1130166247050494_3798400330953558251_n 13775937_1130165893717196_2720523293855087946_n (1) 13775937_1130165893717196_2720523293855087946_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan