Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taman cinta suami

PEKARANGAN rumah Kuroki yang penuh dengan bunga shibazakura bewarna merah jambu. Gambar kecil, Kuroki bersama Yasuko.
PEKARANGAN rumah Kuroki yang penuh dengan bunga shibazakura bewarna merah jambu. Gambar kecil, Kuroki bersama Yasuko.

Shintomi, Jepun: Seorang suami menukar pekarangan kediamannya menjadi sebuah taman bunga yang cantik semata-mata untuk menarik kedatangan pelancong sekali gus menggembirakan isterinya yang buta.

Toshiyuki Kuroki membina taman bunga berkenaan hampir 10 tahun lalu dan kini lebih 7,000 pelancong melawat kediamannya yang terletak di pekan Shintomi di wilayah Miyazaki itu.

Kisah pasangan itu bermula pada 1956 apabila Kuroki membeli hartanah berkenaan dan mengusahakan ladang ternakan lembu selepas berkahwin dengan isterinya, Yasuko.

Pasangan itu merancang untuk mengembara seluruh negara apabila mereka bersara kelak, tetapi impian mereka tidak kesampaian.

Selepas lebih 30 tahun berkahwin, Yasuko tiba-tiba mengalami sejenis penyakit mata dan seminggu kemudian dia terus buta. – Agensi/HMetro

 

Kuroki-garden-Japan-600x450 Kuroki-garden-Japan6-600x400

Komen


Berita Berkaitan