Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taman Banjaran Crocker, Sub Stesen Mahua Tambunan Ditutup Sementara Sabtu

mahua

KOTA KINABALU : Taman Banjaran Crocker, Sub Stesen Mahua Tambunan akan ditutup sementara kepada orang ramai Sabtu ini mulai pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari.

Taman-Taman Sabah dalam kenyataannya pada Rabu berkata penutupan sementara itu bagi membolehkan pihak pengurusan melaksanakan kerja baik pulih dan penyelenggaraan ke atas denai di stesen berkenaan.

Ia berkata dengan penutupan sementara itu, kerja penyelenggaraan akan dapat siapkan mengikut jadual selain mengelak perkara tidak diingini berlaku kepada orang awam.

Pihak Taman-Taman Sabah memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat penutupan itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan