Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taman Awam Di Kota Kinabalu Disediakan 400 Tong Sampah Kitar

9:55pm 07/11/2015 Pak Roshan 106 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

tong-sampah

KOTA KINABALU : Empat belas taman awam di Kota Kinabalu akan disediakan dengan 400 tong sampah kitar semula (ekobin) sumbangan Astro tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memupuk kesedaran dan pemuliharaan alam sekitar di Sabah.

Tong sampah mesra alam itu disediakan mengikut empat jenis untuk kegunaan berasingan iaitu kertas, logam, plastik, dan bahan-bahan lain.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Abidin Madingkir berharap dengan tong sampah ini, warga kota akan membantu memastikan kebersihan di taman-Taman dan pantai bagi manfaat pengunjung yang secara tidak langsung menyumbang kepada ekopelancongan.

“Kesedaran awam memainkan peranan penting untuk membantu mencapai matlamat menjaga kebersihan kawasan pantai, taman rekreasi dan jalan-jalan di sini bebas daripada sampah dan diselenggara dengan baik,” katanya pada majlis penyerahan
Astro Kasih Ekobins kepada DBKK di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Yap.

Abidin berkata, perancangan juga sedang dibuat untuk mengisytiharkan semua taman awam di bawah penyelenggaraan DBKK sebagai ‘Taman Kitar Semula’ pada masa akan datang.

“DBKK komited untuk meningkatkan perkhidmatan dan operasi mengikut agenda 5K: kebersihan, keindahan, keselamatan, keteraturan dan harmoni,” kata beliau.

Terdahulu, lebih 1,000 sukarelawan terdiri daripada pelajar kolej dan kakitangan Astro mengumpul sejumlah 5.4 tan sampah di sepanjang pantai meliputi  empat kilometer di Teluk Likas di bawah program membersihkan pantai anjuran Astro.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan