Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tali gantung Saddam laku

TALI digunakan untuk menggantung Saddam.
TALI digunakan untuk menggantung Saddam..

Baghdad: Bekas Perdana Menteri Mowaffak al-Rubaie mahu menjual tali gantung digunakan untuk melaksanakan hukuman mati terhadap Saddam Hussein.

Lapan tahun selepas pemimpin Iraq itu dihukum gantung pada 2006, beberapa individu dari Israel, Iran dan Kuwait kini mahu membida untuk tali berkenaan.

Dipercayai bidaan mencecah AS$7 juta (RM25 juta), namun Mowaffak dilaporkan mahukan harga lebih tinggi.

Dalam satu temu ramah dengan akhbar Independent pada 2013, dia mengatakan tali itu diserah kepadanya selepas dikerat sebaik mayat Saddam diturunkan.

Kerajaan Iraq tidak mengulas isu ini, namun mengikut undang-undang tempatan, wang hasil jualan perlu diserahkan kepada perbendaharaan kerajaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan