Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Takziah Musa Aman Kepada Keluarga Mangsa Kebocoran Ammonia

9:08pm 16/08/2016 Pak Roshan 215 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Musa ketika sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman

TUARAN : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua mangsa yang terkorban dalam insiden kebocoran ammonia di loji Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) di Sipitang pagi ini.

Beliau menyatakan kesedihan berikutan insiden itu, dan berkata, beliau kini menunggu laporan daripada syarikat petroleum negara itu berhubung punca kejadian.

“Bagi pihak kerajaan Sabah, saya ingin menyatakan ucapan takziah kami kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan lawatan kerja beliau ke Tuaran hari ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengesahkan insiden itu yang berlaku pada 9.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Awang Arshad Awang Bakar berkata mereka yang meninggal dunia terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan seorang warga asing.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan