Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taktik Peragut ‘Berlagak Alim’ Makan Diri

9:38pm 01/10/2016 Pak Roshan 1717 views Jenayah,Mutakhir

gari

Tawau, 1 Oktober 2016 – Taktik 2 lelaki yang bersembunyi dalam kawasan Masjid Al-Kauthar bagi mengaburi pihak polis tidak bertahan lama apabila mereka dicekup sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (CID) dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Dua lelaki masing-masing berumur 23 dan 27 tahun warga tempatan dan warga asing diburu pihak Polis kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk kejadian ragut baru-baru ini di pasaraya Giant Tawau.

Salah seorang suspek meragut beg mangsa yang merupakan seorang guru wanita di tempat letak kenderaan pasaraya tersebut. Manakala seorang lagi suspek menunggu dalam kenderaan dan memecut selepas berjaya meragut beg tangan. Walaubagaimanapun mangsa sempat mencatat nombor plat kenderaan suspek dan membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Dengan penangkapan dua suspek ini, Polis Tawau berjaya menyelesaikan 2 lagi kes jenayah melibatkan kes curi kenderaan ‘double cab’ di Taman Megah Jaya dan juga kes ragut di kawasan Perdana Square.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan