Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taktik Menggunakan ‘Wechat’ Untuk Tujuan Persundalan Gagal – ‘Bapa Ayam’ Kecundang Ditangan Polis

9:06am 17/06/2016 Pak Roshan 5603 views Jenayah,Mutakhir
Sumber Foto : IPD Tawau

Sumber Foto : IPD Tawau

TAWAU : Kegiatan keji seorang lelaki terbongkar hasil serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di sebuah hotel dalam Ops Noda yang diadakan baru-baru ini.

Lelaki yang berumur (28) tahun berkenaan yang menjadikan dua gadis warga tempatan berumur (16) dan (17) tahun sebagai pemuas nafsu lelaki ‘hidung belang’ ditahan di luar hotel sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan di dalam bilik hotel.

Modus operandi hanya melalui aplikasi ‘Wechat’ di mana pelanggan akan menghubungi ‘bapa ayam’ tersebut bagi membuat tempahan. Selesai melakukan hubungan seks, pelanggan akan memberi wang kepada dua gadis malang itu dan seterusnya diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Turut dirampas sebuah telefon bimbit beserta simkad dan sekotak kondom. Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Pihak polis memandang serius isu ini kerana selain mencemar kesucian bulan Ramadhan, kegiatan ini juga menyumbang kepada aktiviti persundalan di daerah ini.

PDRM Tawau melalui ACP Fadil bin Haji Marsus Ketua Polis Daerah Tawau menegaskan tidak akan berkompromi dengan perbuatan sumbang seperti ini apatah lagi melibatkan gadis di bawah umur.

Diharapkan kejadian ini memberi pengajaran kepada para ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak termasuk penggunaan laman sosial dan internet.

Selain itu, pendidikan keagamaan yang secukupnya harus diterapkan ke dalam diri mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.

Sumber : IPD Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan