Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taktik guna kenderaan jadi `kereta sapu’

Douglas (dua dari kiri )  menunjukkan antara kenderaan yang ditahan. foto Kalawon Sawing
Douglas (dua dari kiri ) menunjukkan antara kenderaan yang ditahan. foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Polis menahan sembilan warga tempatan dan dua warga asing kerana disyaki terlibat menggunakan kenderaan sendiri sebagai kereta sapu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, tangkapan dilakukan dalam Ops Kereta Sapu hasil maklumat awam dan rondaan oleh pegawai polis.

“Operasi itu dijalankan untuk memberi kesedaran kepada mereka agar mereka tahu bahawa ia merupakan satu kesalahan kerana tidak mempunyai lesen atau permit yang sah untuk mengangkut penumpang,” katanya kepada media selepas¬†operasi itu di sini hari ini.

Douglas memberitahu, Ops kereta Sapu dijalankan bersama pegawai dan anggota trafik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah yang diketuai oleh Asisten Superitendan Parum AK Niot dan tiga pegawai trafik IPD Keningau bersama 16 anggota Trafik dan IPD Keningau.

“Semua 11 buah kenderaan ditahan mengikut Seksyen 60 APJ 1987 kerana tiada lesen memandu ubah suai exzos dan tiada cukao jalan dan saman RM300. Kita turut mengeluarkan sebanyak 36 keping saman dalam operasi atas pelbagai kesalahan,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan