Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Taktik balut tubuh tak menjadi

tiga daripada tujuh pendatang yang membalut tubuh mereka dengan kerajang aluminium ketika bersembunyi di dalam kontena bagi mengelak dikesan mesin X-ray.- Reuters

 

Istanbul: Tujuh pendatang warga Iraq membalut tubuh mereka dengan kerajang aluminium ketika bersembunyi di dalam sebuah kontena dengan harapan taktik itu dapat mengelakkan mereka dikesan mesin imbasan X-ray.

Bagaimanapun, taktik mereka tidak berjaya dan semua lelaki berkenaan ditangkap ketika cuba menyeludup masuk ke Turki melalui pelabuhan Pendik di Istanbul, baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan, pihak kastam Turki menahan kontena berkenaan yang sudah dibawa menaiki lori selepas imbasan X-ray mengesan ada imej kelihatan seperti manusia di dalamnya.

Ketika pemeriksaan, pihak kastam juga mendapati kontena itu lebih berat berbanding berat kargo yang diisytiharkan.

Kontena itu mengandungi alat ganti kereta yang diimport dari luar negara.

Kerana curiga pihak berkuasa membuka kontena berkenaan dan ketika pemeriksaan dilakukan mereka menemui tujuh lelaki yang membalut tubuh mereka dengan kerajang aluminium.

Ketika disoal siasat pihak berkuasa mendapati semua lelaki berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mengaku mereka mahu masuk ke Turki secara haram. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan