Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak Tahan Seks Ganas, Isteri Potong Zakar Suami Di Jelebu

1:47pm 20/01/2016 Pak Roshan 4483 views Aktiviti,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

DEK kerana tidak tahan dengan perlakuan ganas suaminya sewaktu berhubungan seks, seorang wanita tempatan bertindak nekad memotong zakar si suami ketika sedang tidur, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, mengakibatkan mangsa yang merupakan warga Pakistan menjerit kesakitan dan bertindak melarikan diri dalam keadaan bahagian kemaluannya bercucuran darah.

Lelaki berusia 44 tahun tersebut, pergi membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir, Jelebu, Negeri Sembilan kira-kira jam 1.55 pagi.

Anggota polis yang terkejut melihat kemunculan mangsa dalam keadaan berlumuran darah, segera mengejarkan mangsa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan.

Bahagian kemaluan mangsa yang telah dipotong kemudian diambil di rumahnya dan dibawa ke hospital untuk disambung semula.

Difahamkan, isteri mangsa yang berusia 51 tahun memotong kemaluannya menggunakan sebilah pisau cukur sejurus selepas menanggalkan seluar lelaki itu secara berlahan-lahan ketika dia nyenyak tidur.

Pasangan ini dikatakan mendirikan rumah tangga sekitar bulan Mei tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian ini.

Menurut Noorzainy, mangsa telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk menyambung semula kemaluannya dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Isteri mangsa dilaporkan telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata bahaya. – MYNEWSUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan