Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,712

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak Tahan Cemburu, Lelaki Tikam Kekasih Muda Isteri

1:55pm 12/11/2015 Pak Roshan 1968 views Global

tikam

SEORANG lelaki berusia 40 tahun terlibat dalam pertengkaran dengan seorang lelaki muda disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lalu bertindak menikam mangsa di bahagian perut.

Mangsa, 31 tahun ditemui berlumuran darah ketika polis tiba di tempat kejadian di Singapura, pada petang Selasa.

Menurut saksi, mangsa sedang berbual dengan seorang wanita di blok itu apabila seorang lelaki dipercayai suami wanita terbabit muncul dan menuduh mereka mempunyai hubungan sulit.

Lelaki itu kemudiannya menjadi semakin agresif hingga mangsa cuba meninggalkan tempat kejadian. Dia bagaimanapun terus mengejar mangsa dengan pisau yang disembunyikan dalam beg kuning yang dibawa.

Mungkin kerana terlalu marah, lelaki itu dilaporkan terus menyerang dan melibas tangan mangsa meskipun selepas mangsa jatuh ke tanah selepas ditikam.

Mangsa yang mengalami pendarahan teruk, menerima bantuan daripada isteri lelaki itu dan tiga pejalan kaki. Ketika dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, mangsa dikatakan berada dalam keadaan separa sedar.

Seorang saksi memberitahu Lianhe Wanbao, perbualan antara suami dan isteri itu mendedahkan mereka mempunyai dua anak dan wanita itu berhasrat untuk mendapatkan perceraian.

Jurucakap polis berkata, kes diklasifikasikan sebagai menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja dan secara berbahaya. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

– MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan