Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah tak siap kerja sekolah

KEADAAN badan mangsa yang cedera teruk akibat dipukul ibu angkatnya.
KEADAAN badan mangsa yang cedera teruk akibat dipukul ibu angkatnya.

Nanjing (China): Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menjadi mangsa dera ibu angkatnya akibat gagal menyiapkan kerja sekolah tambahan yang diberi wanita itu.

Gambar kanak-kanak itu yang teruk didera ibunya menjadi viral di Internet selepas dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Weibo pada Jumaat.

Imej itu menunjukkan badan dan kaki budak lelaki malang berkenaan yang cedera teruk akibat dipukul.

Akhbar Nanjing Morning Post melaporkan, seorang guru mangsa membuat laporan polis selepas melihat badan kanak-kanak itu penuh dengan kesan kecederaan.

Kanak-kanak itu memberitahu gurunya dia dipukul dengan menggunakan paip, kayu dan turut didera dengan wap air panas serta dicucuk dengan pen.

sumber : Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan