Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak sempat timang anak

ANGGOTA penyelamat membawa mayat Naruechart (gambar dikaburkan) yang ditemui lemas.
ANGGOTA penyelamat membawa mayat Naruechart (gambar dikaburkan) yang ditemui lemas.

Nakhon Si Thammarat (Thailand): Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjun ke dalam terusan di sini semata-mata mahu membayar nazar selepas isterinya disahkan hamil anak lelaki.

Mayat Naruechart Aksorn, 24, ditemui oleh sekumpulan penyelam beberapa jam selepas dia terjun ke dalam terusan berkenaan pada malam Selasa lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa, Naruechart berdoa supaya isterinya hamil anak lelaki dan bernazar untuk terjun ke dalam terusan berkenaan sekiranya hajatnya termakbul.

Beberapa bulan kemudian, isteri Naruechart disahkan hamil anak sulung dan lelaki itu sangat gembira dengan berita berkenaan.

Pada pagi Selasa lalu, Naruechart membawa isterinya ke sebuah hospital di sini untuk pemeriksaan ultra bunyi dan doktor mengesahkan dia bakal mendapat bayi lelaki.

“Berita itu sangat menggembirakan Naruechart kerana hajatnya sebelum ini sudah dimakbulkan,” katanya.

Menurutnya, selepas balik dari hospital, Naruechart terus keluar rumah dan pergi ke terusan berkenaan untuk menunaikan nazarnya.

“Beberapa ahli keluarga melihat Naruechart berdiri di atas jambatan dan dia memberitahu mahu menunaikan janjinya.

“Tidak lama selepas itu Naruechart terus terjun ke dalam terusan, tetapi dia terus tenggelam,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan