Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak sempat ke hospital

Tasikmalaya (Indonesia): Seorang pesakit buah pinggang kronik terpaksa dikejarkan ke hospital dengan sebuah lori selepas pihak hospital didakwa enggan menyediakan ambulans kerana keluarga pesakit tidak mempunyai wang.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke hospital, pesakit itu yang dikenali sebagai Desri Ranta Sahara, 14, meninggal dunia di belakang lori berkenaan.

Satu rakaman video yang disiarkan Kompas Tv semalam menunjukkan ibu pesakit itu, Atikah meraung di tepi jalan berhampiran lori yang membawa anaknya.

Menurut laporan media, Atikah mahu menghantar Desri Ranta yang menghidap penyakit buah pinggang kronik ke hospital pada Isnin lalu tetapi dia tidak mampu membayar perkhidmatan berkenaan.

Kerana tiada pilihan, Atikah menggunakan sebuah lori kecil milik seorang penduduk kampung untuk membawa anak bongsunya ke hospital.

Namun, Desri Ranta meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan keluarga remaja itu membatalkan hasrat untuk ke hospital.

Jenazah Desri Ranta dibawa pulang semula ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

Sementara itu, pihak pusat kesihatan masyarakat Tasikmalaya memberitahu, pihak hospital tidak dapat menyediakan ambulans kerana ketika itu kenderaan berkenaan digunakan oleh pesakit lain.

Pihak hospital juga menafikan mereka meminta bayaran untuk perkhidmatan ambulans bagi membawa pesakit ke hospital. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan