Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak sedar ‘tayang’ filem lucah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Beijing: Penduduk di Lishui, wilayah Zhejiang mendapat ‘tayangan percuma’ video porno apabila seorang pekerja pusat beli-belah secara tidak sengaja menyiarkan filem dari koleksi peribadinya ke skrin LED gergasi.

Pekerja Plaza Wandi itu – yang nampaknya tidak belajar dari kesilapan pekerja pusat beli-belah di Heilongjiang dan Gansu – menonton video lucah menggunakan komputer syarikat ketika bertugas tanpa menyedari rakaman berkenaan turut disiarkan di skrin yang dipasang di luar bangunan berkenaan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, video lucah itu disaksikan orang ramai termasuk warga emas, kanak-kanak dan remaja lelaki selama sembilan minit sehingga akhirnya disedari kakitangan pusat beli-belah itu.

Orang ramai yang lalu di situ tidak melepaskan kesempatan merakamkan klip video berkenaan dan memuat naik ke media sosial walaupun polis sudah mengeluarkan amaran supaya pengguna Internet tidak menyebarkan bahan lucah seperti itu.

Kes itu kini disiasat polis. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan