Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak sedar mayat bawah katil

10:59am 10/11/2016 Pak Roshan 6490 views Global
BUNGKUSAN plastik mengandungi mayat berkenaan yang ditemui di bawah katil. - Agensi

BUNGKUSAN plastik mengandungi mayat berkenaan yang ditemui di bawah katil. – Agensi

Mexico City: Pelanggan sebuah hotel di sini dipercayai tidak menyedari mereka tidur di atas katil yang terdapat mayat di bawahnya.

Polis yakin mayat wanita berkenaan yang dibungkus dengan plastik berada di bawah katil itu sejak seminggu lalu sebelum ia ditemui di Hotel El Senador.

Bau busuk dalam bilik berkenaan mendorong dua kakitangan hotel menyelongkar bawah katil itu kelmarin sebelum penemuan mengejutkan itu.

Pasukan perubatan yang tiba di hotel yang terletak di Kejiranan Doctores itu hanya boleh mengesahkan wanita itu sudah mati dan dia berusia antara 25 hingga 30 tahun.

Laporan koroner kemudian mengesahkan, wanita itu mati akibat dicekik.

Seorang jurucakap hotel berkata: “Kami percaya ada beberapa pelanggan yang ditempatkan di bilik berkenaan tidur di katil itu tanpa menyedari ada mayat di bawahnya.”

Dia mengesahkan wanita itu tiba kira-kira seminggu lalu bersama seorang lelaki.

Sehingga ini, identiti wanita dan teman lelakinya masih misteri. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan