Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak rela ayah derita

9:27am 05/03/2016 Pak Roshan 25 views Global
ZHAO tidak sanggup meninggalkan ayahnya.

ZHAO tidak sanggup meninggalkan ayahnya.

Beijing: Kebanyakan pelajar yang melangkah masuk ke alam universiti pasti seronok menemui rakan baru.

Namun, bagi seorang remaja ia tidak memandang berat hal itu apabila memilih membawa ayahnya yang lumpuh untuk tinggal bersamanya di asrama supaya dapat menjaganya sepenuh masa walaupun sibuk belajar.

People’s Daily Online melaporkan, Zhao Delong membuat keputusan itu kerana mengenang jasa ayahnya yang pernah menjaganya ketika dia menghidap polio semasa kecil.

Katanya, kerana ibunya tiada, ayahnya menjaganya sepenuhnya dan sanggup membawanya ke mana saja menaiki basikal apabila dia tidak mampu berjalan sehinggalah dia sihat sepenuhnya dan berjaya mendapat tempat di kolej.

“Namun, sebaik saya sihat kesihatan ayah pula teruk sehingga menyebabkan dia lumpuh akibat penyakit yang tidak dapat dikesan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan