Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak Perlu Desak Najib Buat Keputusan Jawatan MB Kedah

12:22pm 25/01/2016 Pak Roshan 236 views Isu Semasa,Mutakhir

salleh2-600x450

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus didesak atau tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai isu Menteri Besar Kedah.

Salleh berkata, apabila Perdana Menteri akhirnya membuat keputusan, ia merupakan keputusan yang sedia termaklum yang mengambil kira semua pendapat dan hasrat.

Menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar.

“Dan walaupun semua pihak menjangkakan yang lebih teruk, sehingga menjangka bahawa negeri itu mungkin jatuh, pada akhirnya segala-galanya diselesaikan dengan mmemuaskan hati semua pihak mahupun istana,” kata beliau.

Salleh menganggap bahawa krisis menteri besar di Kedah tidak berbeza, dan bahawa pilihan ketua pejabat eksekutif (CEO) setiap negeri akhirnya, menjadi prerogatif presiden parti untuk menentukannya.

“Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti termasuk memperoleh pandangan istana di negeri-negeri yang mempunyai menteri besar.”

Salleh berkata rakyat Malaysia sentiasa mencari sesuatu yang menimbulkan sensasi dan yang terkini ialah kemelut di Kedah.

“Malahan, ia dianggap sebagai krisis sedangkan sebenarnya ia bukan krisis,” katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menghadapi tekanan selepas pemimpin-pemimpin UMNO bahagian di negeri itu secara terbuka menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan UMNO negeri. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan