Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak peduli duta Indonesia

GAMBAR fail menunjukkan Archer (kiri) dan Gularte.
GAMBAR fail menunjukkan Archer (kiri) dan Gularte.

Brasília: Presiden Dilma Roussef enggan menemui duta baru Indonesia ke negara itu bagi menunjukkan rasa marahnya terhadap keputusan republik terbabit melaksanakan hukuman bunuh warga Brazil, bulan lalu, kerana menyeludup dadah.

“Kami menganggap satu evolusi perlu dilakukan dalam keadaan ini bagi memperjelas keadaan hubungan diplomatik dengan Indonesia,” katanya ketika menemui duta dari lima negara lain.

Katanya, ini berikutan hubungan yang agak tegang antara dua negara terbabit berikutan seorang lagi warga Brazil, Rodrigo Gularte, 42, masih berdepan hukuman mati sejak 2004 selepas menyeludup enam kilogram kokain ke Indonesia yang disorok dalam papan luncur air.

Keluarga Gularte berulang kali cuba memohon pengampunannya atas alasan dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia paranoid dan sepatutnya dihantar ke pusat psikiatrik.

Media Brazil melaporkan seorang diplomat membuat permohonan bertulis kepada ketua penjara Indonesia memohon Gularte dipindahkan.

Kerajaan Indonesia menolak permohonan pengampunan untuknya dua kali.

Rakan Gularte, Marcho Archer, menjalani hukuman mati di hadapan skuad penembak, bulan lalu, walaupun Dilma sendiri memohon pengampunan bagi pihaknya.

Hukuman terhadapnya dilaksanakan bersama lima lain yang didapati bersalah menyeludup dadah termasuk lima warga asing – hukuman pertama seumpama itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo.

Sehubungan itu, Dilma memberi amaran hubungan Brazil dengan Indonesia mungkin akan terjejas.

Sementara itu, kementerian luar negara Indonesia berkata dalam satu kenyataan, Jakarta membantah tindakan Dilma dan memanggil semula dutanya itu.

Jurucakapnya Arrmanatha Nasir berkata: “Kami kesal dan tidak dapat menerima tindakan Brazil ini yang nyata menunjukkan pemimpinnya kurang matang.

“Indonesia adalah negara berdaulat dan demokrasi dengan sistem perundangan yang berkecuali. Negara asing tiada hak untuk mencampuri pelaksanaan undang-undang kami termasuk dalam isu mengedar dadah.-AFP

Komen


Berita Berkaitan