Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak mengaku cabul rakan sekerja

Warga China, Li Xianxi (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan wanita berumur 23 tahun dalam kejadian di Karamunsing ketika hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. – FOTO Malai Rosmah Tuah

 

JURUTERA dari China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, atas tuduhan mencabul kehormatan rakan sekerjanya.

Li Xianxi, 34, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dengan bantuan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Berdasarkan pertuduhan, dia dituduh melakukan kesalahan itu terhadap wanita berusia 23 tahun pada 11.30 pagi, 28 Mei lalu di syarikat di Karamunsing Warehouse, di sini.

Peguam Wan Kher Ching yang mewakili tertuduh, meminta mahkamah mengenakan jaminan lebih rendah dengan alasan tertuduh telah memberi kerjasama baik kepada polis.

Afiq membenarkan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan dan memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Ogos ini untuk pengurusan kes. Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Albert Basiri. – Oleh Avila Geraldine/myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan