Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak mampu alihkan jed gergasi

2:28pm 21/10/2016 Pak Roshan 55 views Global
TINT Soe bergambar di sebelah batu jed gergasi itu. - AFP

TINT Soe bergambar di sebelah batu jed gergasi itu. – AFP

Yangon: Batu jed seberat 174 tan bernilai jutaan dolar yang ditemui di Myanmar tidak dapat dialihkan kerana pemiliknya tidak mempunyai peralatan sewajarnya.

Batu sepanjang 5.8 meter itu ditemui pelombong di Kachin, utara Myanmar, minggu lalu, 60 meter di dalam gunung.

Ahli Parlimen tempatan, Tint Soe, 56, berkata: “Permata itu berkualiti tinggi.”

Katanya, walaupun ada pihak menganggarkan ia bernilai lebih AS$170 juta (RM709 juta), dia meletakkan nilai sebenarnya sekitar AS$5.4 juta (RM23 juta).

Jed digunakan untuk perhiasan dan barang kemas, tetapi Tint Soe berkata, syarikat terbabit belum memutuskan apa yang akan dilakukan dengan permata berkenaan.

“Apatah lagi buat masa ini kami tidak mampu mengalihkannya kerana tidak mempunyai jentera dan peralatan sesuai. Kawasan ini juga tiada jalan,” katanya.

Myanmar adalah sumber utama jed dunia yang turut dikenali di China sebagai ‘batu syurga.’ – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan