Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak Mahu Panjangkan Isu, Anzalna Mohon Maaf

DEK kerana kenyataan tidak sensitifnya berkaitan kontroversi melibatkan adiknya, Afifah Nasir dan Aliff Aziz, pelakon Anzalna Nasir memohon maaf kepada semua pihak di Instagram miliknya.

Hanya kerana mempunyai pertalian darah dengan Afifah, Anzalna turut menjadi mangsa kecaman netizen ketika kes itu hangat diperkatakan.

Mungkin kerana tidak tahan dicerca setiap hari dan untuk melindungi adiknya, pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya itu bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak manis.

“Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

“Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Tambah Anzalna lagi dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah disebabkan enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

“Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,” kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan