Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak kisah apa orang kata!

dollah

Kelana Jaya: Ketua jurulatih Dollah Salleh tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang

luar dengan keputusannya memanggil penyerang kurang beraksi Norshahrul Idlan Talaha dan

Mohd Safee Sali bersama skuad Harimau Malaya.

Tanpa berselindung, pengendali itu mengakui kehadiran dua pemain ini cukup penting walaupun

mereka jarang berada dalam kesebelasan utama bersama pasukan Johor Darul Takzim musim ini.

“Salah satu sebab saya panggil dia (Norshahrul) kerana saya percaya dia masih lagi penyerang

tempatan yang terbaik. Mungkin dia jarang beraksi bersama pasukannya kerana itulah apabila

bersama pasukan kebangsaan saya akan menurunkannya bagi membolehkan dia mendapat semula

prestasi terbaiknya. Sama seperti Safee, jika dia tidak cedera, saya juga akan menurunkannya,”

katanya semalam.

29 pemain melaporkan diri pada sesi latihan pusat skuad kebangsaan bagi persiapan menghadapi

tiga perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 14 Oktober, Kemboja (20 September)

dan Jordan (11 Oktober).

Daripada senarai itu, dua pemain terpaksa digugurkan akibat kecederaan iaitu pertahanan Mahali

Jasuli dan penjaga gol Khairul Azhan Khalid manakala Safee dan S Chanturu dalam pemantauan

kerana belum pulih daripada kecederaan.

Namun Dollah mengesahkan tidak akan mencari pemain pengganti kerana memiliki pemain

mencukupi di posisi itu.

Selain Norshahrul dan Safee, turut menjadi pertikaian pengkritik dan peminat tempatan adalah

tindakan pengendali itu yang menyenaraikan tiga pemain veteran yang sudah lama disisihkan

iaitu penyerang Indra Putra Mahayudin, Mohd Shukor Adan (pertahanan) dan Azizon Abd Kadir

(penjaga gol).

“Kalau kita cerita pasal mahu guna pemain muda, lebih baik kita guna pasukan Datuk Ong Kim

Swee (Harimau Muda A). Saya memilih pemain kali ini berdasarkan prestasi semasa, saya tidak

kisah apa orang nak cakap. “Kalau cerita pasal pemain muda, sampai bila kita tak akan masuk

Piala Dunia, kita masih memerlukan pemain senior dalam pasukan, lihat saja sumbangan (Andrea)

Pirlo bersama pasukan Itali. Tidak bermakna saya panggil seseorang pemain itu mereka akan

kekal dalam pasukan, saya hanya memilih 22 pemain saja,” katanya yang diberikan misi untuk

membawa pasukan ke final Piala AFF di Singapura November ini.

Komen


Berita Berkaitan