Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak kenal buku teks

10:13am 19/09/2016 Pak Roshan 799 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
ANAK jalanan Pasar Filipina. Dari (belakang, kiri) Sidik dan Badrian. Hadapan (dari kiri) Mahal Mali, 8, Salmah Lati, 10, Usat Saduk, 5, Rendy, Isa Salut, 11 dan Jeffry.

ANAK jalanan Pasar Filipina. Dari (belakang, kiri) Sidik dan Badrian. Hadapan (dari kiri) Mahal Mali, 8, Salmah Lati, 10, Usat Saduk, 5, Rendy, Isa Salut, 11 dan Jeffry.

Kota Kinabalu: Ketika kanak-kanak seusia dengannya nyenyak tidur, sepasang adik-beradik dipercayai warga Filipina terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk ke tempat kerja di pasar di tengah bandar raya ini.

Dari Pulau Gaya yang menjadi tempat tinggal keluarga mereka, Sidik Saidin, 14, dan adiknya Rendy, 9, menempuh perjalanan 10 minit dengan bot sebelum tiba di jeti berhampiran dengan Pasar Filipina.

Tanpa membuang masa, kedua-duanya mencari wang dengan mengambil upah mengangkat sayur atau ikan milik peniaga di sini.

Sidik berkata, mereka tinggal bersama ayah dan kakak di Pulau Gaya dan akan berulang-alik ke bandar ini dengan menggunakan bot atau sampan.

“Kami akan bekerja jika diperlukan untuk mengangkat sayur atau ikan oleh peniaga di pasar di sini. Setiap kali melakukan kerja, saya dan adik diberi upah sebanyak RM1 hingga RM3. Bergantung kepada orang itu,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan