Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Tak Kecewa Kerana Tuah Belum Menyebelahi Saya’

2:44pm 28/08/2016 Pak Roshan 843 views Hiburan,Mutakhir

FIRMAN-AF2014-t

PENYANYI kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Firman, 27, mengakui tuah masih belum memihak kepadanya untuk mendapat tempat dihati peminat walaupun bergelar juara program tersebut, dua tahun lalu.

Firman memberitahu, dia tidak pernah berasa sedih atau kecewa popularitinya semakin tenggelam kerana ia merupakan perkara biasa dalam perjalanan karier seorang artis.

“Tidak pernah wujud perasaan kecewa mahupun sedih dalam diri saya kerana saya tahu, buat masa ini rezeki masih belum berpihak kepada saya.

“Ini juga lumrah dalam industri seni dan tuah belum menyebelahi saya agar menjadi lebih terkenal dan mendapat perhatian.

“Saya masih baru dalam bidang ni, dan apa yang paling penting ialah saya tidak berputus asa kerana banyak lagi yang belum saya pelajari,” katanya kepada mStar Online

Tambahnya, dia juga yakin kehadirannya akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat selagi dia berusaha dan dia juga meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat undangan nyanyian. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan