Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak jadi haram Tumblr

10:23am 19/02/2016 Pak Roshan 156 views Global
SEORANG lelaki memegang telefon bimbitnya yang memaparkan laman blog Tumblr.

SEORANG lelaki memegang telefon bimbitnya yang memaparkan laman blog Tumblr.

Jakarta: Sehari selepas mengumumkan pengharaman Tumblr, Indonesia semalam memutuskan mengambil pendekatan lebih lembut untuk menapis kandungan yang tidak wajar di laman media itu.

Kelmarin, pihak berkuasa negara itu berkata, ia akan mengharamkan Tumblr kerana kandungan laman web yang mengandungi bahan lucah.

Namun, tindakan itu menimbulkan kemarahan pengguna, menyebabkan kerajaan mengubah pendiriannya untuk mengharamkan Tumblr sepenuhnya.

Sebaliknya, pihak berkuasa akan berbincang dengan pemilik Tumblr, Yahoo, untuk memikirkan cara menyekat akses terhadap bahan lucah di laman blog itu.

Menteri Komunikasi dan Penerangan menyatakan di laman webnya, ia meminta Tumblr menyaring sendiri kandungannya yang berunsur lucah.

Sebagai tambahan, pihak berkuasa terus memantau laman web itu untuk memastikan ia mematuhi standard ditetapkan, seterusnya mungkin mengharamkannya kelak jika bahan porno masih boleh diakses melaluinya di Indonesia.

Tumblr tidak mengulas pengharaman atau cadangan penyaringan itu.

Seorang pengguna di Indonesia berkata, dia berjaya mengakses Tumblr semalam selepas laman web itu disekat sejak dua hari lalu.

Laporan awal BBC mengatakan, Indonesia merancang mengharamkan Tumblr tanpa berbincang dulu dengan syarikat berkenaan dengan memetik Pengarah E-Perniagaan Kementerian Penerangan Indonesia, Azhar Hasyim sebagai berkata: “Kita perlu mengharamkan laman web itu dulu dan memaklumkan mereka kemudian.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan