Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak boleh pisah dengan buaya

MARY membawa Rambo bersiar-siar dengan motosikal.
MARY membawa Rambo bersiar-siar dengan motosikal.

Florida: Seorang wanita berusaha untuk mendapatkan kebenaran memelihara buaya yang dipeliharanya sejak beberapa tahun lalu di rumahnya.

Buaya sepanjang 1.8 meter dan berat 57 kilogram yang dinamakan Rambo itu dipakaikan baju dan sering dibawa bersiar dengan motosikal selain mempunyai bilik sendiri di kediaman Mary Thorn di Lakeland.

Mary mempunyai lesen memelihara Rambo sejak 11 tahun lalu. Tetapi kerana ia semakin membesar sehingga mencecah 1.8 meter, Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Florida (FWC) mengarahkan dia menyerahkan haiwan itu.

Mary memberitahu akhbar Orlando Sentinel, walaupun dia memenuhi syarat keluasan tanah berkenaan, Rambo tidak boleh dibiarkan di luar kerana alah kepada matahari.

Katanya, dia memelihara Rambo ketika reptilia itu berusia empat tahun. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan