Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tak bincang isu wang tebusan

GAMBAR fail, anggota Abu Sayyaf.
GAMBAR fail, anggota Abu Sayyaf.

Jakarta: Naib Presiden Jusuf Kalla berkata, kerajaan Indonesia tidak pernah berbincang mengenai isu membayar wang tebusan untuk membebaskan 10 warga negara itu yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Dia berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan mendakwa majikan mangsa culik berkenaan sudah bersiap sedia membayar wang tebusan itu.

“Kerajaan tidak pernah berbincang mengenai wang tebusan itu. Tidak sama sekali. Tidak,” kata Jusuf Kalla di pejabatnya di Jakarta, kelmarin.

Sepuluh warga Indonesia itu diculik pengganas Abu Sayyaf pada 26 Mac lalu ketika dalam pelayaran membawa arang batu dari Kalimantan ke selatan Filipina.

Pengganas berkenaan dilapor menuntut wang tebusan berjumlah 50 juta peso (RM4.25 juta) sebagai syarat untuk membebaskan mereka.

Sementara itu, duta Indonesia di Filipina Johny Lumintang berkata, pihaknya masih belum mengetahui nasib 10 mangsa itu selepas tentera Filipina melancarkan serangan terhadap kedudukan Abu Sayyaf di Pulau Basilan kelmarin, hingga menyebabkan 18 askar Filipina dan lima pengganas mati.

Dalam pada itu, komando tentera Indonesia hanya menanti perintah untuk melancarkan usaha menyelamat 10 mangsa itu.

“Kita hanya menunggu perintah daripada panglima Jeneral Gatot Nurmantyo,” kata pemerintah unit komando Mejar Jeneral Muhammad Herindra di Jakarta. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan