Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tak ada `brand’ pun laku

9:40am 02/12/2015 Pak Roshan 8 views Global

Cigarette-Packet

Geneva: Kerajaan Australia dipercayai gagal mengurangkan kadar merokok di negara itu meskipun sudah melaksanakan dasar semua produk tembakau dijual dalam bungkusan tanpa jenama, sejak tiga tahun lalu.

Dalam kenyataan media dikeluarkan JT International Bhd (JTI), kegagalan itu menjelaskan kenapa Jabatan Kesihatan (DoH) negara itu mendesak kerajaan menyiarkan Kajian Pasca Pelaksanaan (PIR) yang sudah dibuat.

Sejak pelaksanaan polisi pembungkusan produk tembakau dimulakan Disember 2012, data milik kerajaan menunjukkan tiada sebarang perubahan kepada penurunan kadar merokok.

Dalam perdebatan di Dewan Senat, 2 Oktober lalu, PIR dan DoH didapati gagal dalam menghasilkan laporan yang mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.

Ia menggambarkan kebimbangan bahawa kajian mungkin tidak mengambil kira Akta Pembungkusan Tembakau Kosong yang bertentangan dengan matlamat asal mereka.

“Pelobi anti-tembakau sebenarnya memberikan data yang salah untuk menyembunyikan kebenaran yang pengharaman jenama sebenarnya menemui kegagalan.

“Australia adalah satu-satunya negara yang melaksanakan langkah itu dan ia tidak boleh dikemukakan sebagai contoh kepada negara lain untuk mengikutinya,” kata Naib Presiden Peraturan Strategi JTI, Michiel Reerink.

Garis panduan rasmi menyatakan PIR mengenai dasar-dasar utama seperti undang-undang pembungkusan kosong harus dijalankan dalam tempoh dua tahun polisi diperkenalkan, dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Mereka memerlukan PIR untuk mengukur kejayaan dasar terhadap objektif asal undang-undang.

“DoH terdesak untuk membuktikan kejayaan dasar ini tetapi semua bukti mereka sendiri menunjukkan kegagalan.

“Kerajaan sepatutnya berpegang kepada kegagalan ini, dan PIR adalah satu peluang untuk berbuat demikian.

“Jika perkara ini tidak selesai dan ulasan diterbitkan dan jika ia tidak mematuhi piawaian kerajaan sendiri, negara-negara lain akan mengikut contoh yang salah,” katanya.- myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan