Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tahun Kambing punca kadar kelahiran susut

10:50am 25/01/2016 Pak Roshan 58 views Global
GAMBAR hiasan, seorang wanita dengan anak biri-biri.

GAMBAR hiasan, seorang wanita dengan anak biri-biri.

Beijing: Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan China berkata, kepercayaan tahyul menjadi antara punca penurunan kadar kelahiran di negara itu tahun lalu.

Menurut agensi berita NPR, kerajaan memetik pepatah lama China – shi yang jiu bu quan – atau sembilan daripada 10 mereka yang lahir dalam Tahun Kambing akan berdepan nasib malang sepanjang hidup mereka’ sebagai alasan kebanyakan rakyat negara itu memilih menangguh untuk mendapatkan anak sehingga tahun ini – Tahun Monyet – yang dianggap tahun bertuah untuk melahirkan anak.

Menurut statistik, 16.5 juta bayi dilahirkan pada 2015, kurang 320,000 berbanding tahun sebelumnya.

Penurunan kadar kelahiran itu membimbangkan pakar ekonomi yang mengatakan kemerosotan tenaga buruh akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Lebih 222 juta warga China berusia 60 tahun atau lebih dan populasi umur bekerja rakyatnya iaitu antara 16 hingga 59 tahun semakin menurun. Ia juga membimbangkan pemimpin negara itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan