Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan Tahun Baru Cina Di Sabah Disambut Dalam Suasana Satu Keluarga

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (tiga dari kanan) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Datuk Au Kam Wah (dua dari kanan) bergambar bersama ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, anjuran Parti Gerakan Zon Sandakan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (tiga dari kanan) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Datuk Au Kam Wah (dua dari kanan) bergambar bersama ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, anjuran Parti Gerakan Zon Sandakan di sini, hari ini. – Foto BERNAMA

SANDAKAN – Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di negeri ini disambut dalam suasana satu keluarga tanpa mengira kaum dan agama, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ia menjadi satu keunikan di Sabah yang mempunyai ramai suku kaum dan agama namun mampu bersama-sama menyambut setiap perayaan dalam suasana perpaduan yang kukuh.

“Kita berharap suasana ini berterusan supaya ia dapat menyumbang kepada pembangunan negara khususnya Sabah untuk menjadi negeri maju dan berjaya.

“Saya yakin, Sabah akan berada dalam keadaan baik, maju dan berjaya hasil kekuatan perpaduan rakyatnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Batu Sapi di sini, hari ini.

Beliau turut mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran dua lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Gerakan Zon Sandakan dan Parti Liberal Demokratik.

Musa berkata rumah terbuka anjuran parti komponen BN itu dihadiri ramai pengunjung bukan hanya dari kaum Tionghua tetapi juga suku kaum lain di negeri ini.

“Semua ini menunjukkan rakyat begitu senang hati dan gembira merayakan setiap perayaan dalam semangat kekitaan dan persaudaraan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat meneruskan usaha memperkukuh perpaduan sedia ada dan menolak unsur-unsur yang cuba menjejaskannya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan