Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tahniah! Malaysia Menang 2 Emas Di Paralimpik Rio

10:23am 11/09/2016 Pak Roshan 113 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan

Muhammad-Ziyad-Zolkefli-ridzuan

TAHNIAH! Malaysia melakar sejarah apabila memenangi dua pingat emas pada temasya Paralimpik Rio, Brazil, dan satu daripanya merupakan rekod baharu dunia.

Pingat emas pertama dimenangi oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 dan emas kedua dimenangi oleh Mohamad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan ia merupakan rekod baharu dunia dalam acara tersebut.

Ridzuan memecut ke arah garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat meninggalkan Yang Yifei (China) dan Rodrigo Parriera da Silva (Brazil) dengan catatan 12.02 saat dan 12.54 saat.

Dalam cubaan kelimanya, Ziyad berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat oleh Todd Hodgetts (Australia) sejauh 16.29 meter di Paralimpik London 2012.

Dalam acara tersebut, Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dalam dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m

Sebelum ini, dalam temasya paralimpik, Malaysia hanya memenangi pingat perak dan gangsa.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan