Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tahap Perkhidmatan Bekalan Elektrik Di Kunak Bertambah Baik Dengan Siapnya Pencawang Baru

sesb kunak

KUNAK– Tahap perkhidmatan bekalan elektrik di daerah ini akan terus bertambah baik dengan siapnya projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Kunak, kata Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Abd Nasser Abd Wahid.

Katanya, projek PMU Kunak milik SESB bernilai RM18 juta yang mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Jun lepas itu telah memberi impak positif terhadap kestabilan dan kualiti bekalan elektrik kepada lebih 5,000 pengguna berdaftar di daerah itu.

“Skop projek ini melibatkan penambahan kapasiti transformer baru iaitu 38 MegaWatt (MW) dan pembinaan bangunan pencawangnya lengkap berbanding pencawang sedia ada yang hanya berkapasiti maksimum sebanyak 13 MW.

“Dengan penambahan kapasiti kepada 38MW, beban sedia ada sebanyak 13.9 MW dapat dibekalkan tanpa masalah lebihan beban di samping menggalakkan pertambahan baru beban permintaan elektrik khususnya sektor komersial di daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat PMU berkenaan, di sini Rabu.

Nasser berkata, projek yang dilaksanakan oleh kontraktor tempatan dan mula dibina pada 2012 itu, turut dilengkapi peralatan komunikasi dan telekawalan yang membolehkan operasi pensuisan boleh dibuat di Pusat Pengagihan Beban, Kota Kinabalu.

“Dengan pemasangan peralatan komunikasi dan telekawalan itu maka sistem pemantauan bekalan di pencawang ini lebih cekap dan sekiranya kejadian terpelantik berlaku kadar masa pemulihan bekalan elektrik adalah lebih cepat berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kapasiti PMU berkenaan juga dijangka dapat menampung beban bekalan elektrik di daerah Kunak sehingga tahun 2031.

Bagi membiayai pelaksanaan projek itu, Kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan dana berbentuk geran melalui Rancangan Malaysia Ke-10 dan selaku utiliti tenaga yang dipertanggungjawabkan, SESB sentiasa berusaha meningkatkan tahap kualiti bekalan elektrik di Sabah, katanya.

Nasser berkata, selain projek PMU Kunak itu, kerajaan turut memperuntukkan beberapa lagi geran yang sama khususnya bagi memantapkan lagi struktur rangkaian pembekalan elektrik di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Komen


Berita Berkaitan