Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,767

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tahap pendidikan anak-anak perlu diambil perhatian

1:01pm 04/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 55 views Tempatan
Hamisa bersama murid-murid tadika

Hamisa bersama murid-murid tadika

TAWAU- Semua pihak termasuklah ibubapa perlu memberi perhatian terhadap setiap peringkat pendidikan anak-anak agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing, kata ADUN Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata sekolah tadika merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah dan menjadi tapak permulaan untuk menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah

“Konsep pembelajaran yang diajar di sekolah tadika mampu menyumbang kepada melahirkan generasi baru yang menjadi asas dan teras kepada pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.”

“Penekanan modal insan ini adalah bertujuan agar usaha menjadi negara maju dan mencapai wawasan 2020 adalah mengikut acuan kita yang tersendiri. Kita mahu melihat negara ini menjadi negara maju yang kaya dengan seni budaya dan warisan serta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian”, kata Hamisa.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut pada hari pertama persekolahan di SK Tanjong Batu, Tadika Kemas Tanjong Batu dan Tadika Perpaduan Tanjong Batu, disini, hari ini.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata anak-anak yang ada pada hari ini merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Pembentukan minda dan perkembangan fizikal yang sihat perlu seiring dengan pembangunan modal insan yang baik.

“Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan pada masa kini. Berikanlah pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka ini tidak akan ketinggalan di masa depan. Ini kerana, pendidikan mampu merubah masa depan dan taraf hidup sesebuah keluarga itu.,” jelas Hamisa lagi.- SayangSabah

Hamisa sedang memujuk salah seorang kanak-kanak tadika bersekolah hari pertama.

Hamisa sedang memujuk salah seorang kanak-kanak tadika bersekolah hari pertama.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan