Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,693

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tahanan paling muda dibebaskan

10:53am 25/04/2016 Pak Roshan 14 views Global
IBU bapa Dima (tengah) memeluknya sebaik dibebaskan.

IBU bapa Dima (tengah) memeluknya sebaik dibebaskan.

Baitulmaqdis: Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun, dipercayai tahanan termuda Israel dibebaskan semalam selepas dua bulan dipenjara kerana serangan terhadap orang Israel.

Dima al-Wawi diserahkan kepada pihak berkuasa Palestin di Tulkarem di Tebing Barat, kata jurugambar AFP. Dari situ, dia dibawa menemui keluarganya di Hebron di selatan wilayah itu.

Dima ditahan ketika masih berpakaian sekolah pada 9 Februari lalu di pintu masuk ke penempatan Yahudi di Tebing Barat dan didapati membawa pisau.

Gelombang serangan menggunakan pisau, pistol atau kereta oleh orang Palestin menyebabkan 28 orang Yahudi terbunuh sejak Oktober lalu. Namun 201 Palestin turut terbunuh dalam tempoh sama.

Melalui persetujuan dengan pendakwa tentera Israel, Dima mengaku salah kerana cuba membunuh dan memiliki pisau. Dia dipenjara empat bulan dan hukuman penjara tertangguh selama enam minggu.

Peguamnya Tarikq Barghouth berkata di Facebook: “Dia gadis Palestin paling muda dipenjara.”

Katanya, mahkamah tentera membenarkan permohonan pihaknya supaya Dima dibebaskan awal. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan