Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tahan PATI, rampas peluru, pedang

7:01pm 22/09/2016 Pak Roshan 2487 views Jenayah,Mutakhir
PELURU dan pedang antara barangan yang dirampas. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

PELURU dan pedang antara barangan yang dirampas. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Polis Sabah merampas 30 butir peluru, tiga kelopak peluru M16 dan pedang dengan tertangkapnya dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di rumah berhampiran Kampung Mangkalinau Batu Tiga, Sandakan, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, dalam serbuan 1.30 pagi itu, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan melakukan serbuan di lokasi berkenaan

Beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki dan anak perempuannya yang juga warga Filipina.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dua suspek yang masing-masing berusia 33 dan 13 tahun itu, polis menemukan tiga kelopak peluru dan 30 butir peluru senjata M16 selain merampas pedang sepanjang 65 sentimeter di dalam rumah berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan