Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tahan Isteri, Paksa Pandu Kereta Berisi Bom

10:10am 06/04/2016 Pak Roshan 4 views Global
Anggota unit pemusnah bom membawa tong gas mengandungi bahan letupan selepas bom buatan sendiri dalam sebuah pikap di Yala, Thailand, berjaya dimatikan. - Foto REUTERS

Anggota unit pemusnah bom membawa tong gas mengandungi bahan letupan selepas bom buatan sendiri dalam sebuah pikap di Yala, Thailand, berjaya dimatikan. – Foto REUTERS

Yala – Seorang lelaki dipaksa sekumpulan individu bersenjata yang menjadikan isterinya sebagai tebusan, memandu kereta sarat dengan bahan letupan seberat 160kg ke pekan Yala di wilayah bergolak selatan Thailand.

Ketua Polis Yala Mejar Jeneral Polis Ittipon Achariapradit berkata, kereta itu gagal diletupkan selepas lelaki berkenaan, Nai Sunan Thongnet, 53, memaklumkan kepada polis mengenai bom berkenaan dalam kejadian pada 10 pagi semalam.

“Polis mengosongkan kawasan sekeliling dan pemeriksaan terhadap kereta itu mendapati dua tong gas berisi bahan letupan seberat 160kg sedia untuk diletupkan menggunakan walkie-talkie,” katanya di sini.

Beliau berkata, Nai Sunan diculik sekumpulan lapan individu lengkap bersenjata ketika memandu kereta bersama isterinya Renu Jitban, 61, di Nikom Kelong petang semalam.

Menurut Ittipon, mereka memaksa lelaki itu memandu kereta sarat dengan bom itu ke pekan Yala pagi ini dan mengancam mencederakan isterinya yang dijadikan tebusan jika gagal berbuat demikian.

Menurutmnya, sejurus selepas Nai Sunan memandu kereta itu ke pekan Yala, isterinya dibebaskan tanpa diapa-apakan.

Beliau berkata, lelaki terbabit meletakkan keretanya di depan pusat pameran kereta sebelum lari mendapatkan anggota keselamatan memaklumkan mengenai bom itu.

“Pasukan pemusnah bom mengambil masa dua jam untuk mematikan bom dalam kereta itu,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan