Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,998

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tahan bekas Pengarah Urusan TEKUN pula

10:34pm 08/01/2017 Pak Roshan 816 views Mutakhir,Nasional

Putrajaya: Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 5.15 petang hari ini, di rumahnya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, kerana kes suapan bernilai RM36,000.

Sumber SPRM berkata, suspek berusia 62 tahun yang baru pulang daripada mengerjakan umrah semalam, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Menurutnya, suspek dipercayai menerima wang suapan itu sebagai dorongan membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang berjumlah RM360,009.08 pada 15 Januari 2015.

“Wang suapan bernilai RM36,000 itu adalah 10 peratus daripada hasil kutipan ‘Hutang Lapuk TEKUN Nasional’ bagi November 2014.

“Pada 15 Januari 2015, suspek ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor ketika menerima wang itu daripada pemilik syarikat pemungut hutang berkenaan,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki yang mengesahkan tangkapan ketika dihubungi, memaklumkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk dituduh.

Pada 4 Januari lalu, SPRM menahan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Mohd Arif Ab Rahman kerana salah guna kuasa dan rasuah.

Mohd Arif juga pernah menjadi Ahli Lembaga TEKUN Nasional dan berikutan itu, SPRM kini menjalankan siasatan sama ada kedua-dua individu itu mempunyai kaitan dalam isu rasuah membabitkan kementerian itu. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan